Kelas Mahir Foto Modul 1
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026, telah diadakan Kelas Foto Modul 1 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 1 bagi sesi mahir foto adalah Modul Pengenalan dan sesi suai kenal bersama tenaga pengajar. Dalam Modul 1, peserta diberi penerangan mengenai modul-modul yang akan dipelajari sepanjang kelas berlangsung iaitu selama 5 bulan. Peserta juga diberi penerangan mengenai cara menggunakan sistem MTS, cara menanda kehadiran, cara mendapatkan nota modul, penghantaran tugasan dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: